22 pemain jadi taruhan 'Speedy Tigers' menentang Australia

20 Apr 2022 • 5:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SERAMAI 22 pemain skuad hoki lelaki kebangsaan terpilih untuk menjalani empat siri perlawanan ujian antarabangsa bertemu Australia di Stadium Hoki Perth bermula 23 hingga 28 April ini.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan 'Speedy Tigers’ yang dijadual berlepas ke Perth esok akan bertemu skuad ranking nombor satu dunia itu bermula Sabtu ini diikuti pada 24, 26 dan 28 April.

Daripada keseluruhan 22 pemain itu, KHM memaklumkan dua ialah penjaga gol, enam pemain pertahanan diikuti sembilan pemain tengah dan lima di bahagian serangan.

Berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan, siri perlawanan persahabatan di Australia akan menjadi medan buat dua pemain iaitu Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim dan Muhajir Abdu Rauf mengumpul 'caps' antarabangsa pertama mereka bersama skuad senior.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kebangsaan A Arul Selvaraj berkata, siri perlawanan di Australia yang merupakan tugas pertama antarabangsa skuad kebangsaan tahun ini amat penting untuk menilai tahap prestasi dan persiapan menjelang Piala Asia yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 23 Mei hingga 1 Jun ini.

"Antara sebab kami memilih untuk ke Perth dan menjalani siri perlawanan ujian bersama pasukan Australia adalah kerana waktu berpuasa di Australia lebih kurang sama dengan Malaysia, keduanya kerana zon masa Malaysia dan Perth sama," katanya dalam kenyataan itu.

Berikut senarai 22 pemain dalam siri perlawanan ujian antarabangsa bertemu Australia di Perth bermula 23 hingga 28 April ini:

1. Muhammad Hafizuddin Othman (Penjaga gol)

2. Adrian Andy Albert (Penjaga gol)

3. Muhammad Razie Abd Rahim (Pertahanan)

4. Muhammad Marhan Mohd Jalil (Pertahanan)

5. Muhammad Najmi Farizal Jazlan (Pertahanan)

6. Syed Mohamad Syed Syafiq Cholan (Pertahanan)

7. Muhammad Syafiq Hassan (Pertahanan)

8. Muhammad Arif Syafie Ishak (Pertahanan)

9. Meor Muhammad Azuan Hassan (Tengah)

10. Faiz Helmi Jali (Tengah)

11. Zulpidaus Mizun (Tengah)

12. Muhammad Firhan Ashaari (Tengah)

13. Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (Tengah)

14. Muhammad Najib Abu Hassan (Tengah)

15. Faizal Saari (Tengah)

16. Mohamad Ashran Hamsani (Tengah)

17. Tengku Nasrul Ikmal Hakimie Tengku Abd Rahim (Tengah)

18. Shello Silverius (Penyerang)

19. Norsyafiq Sumantri (Penyerang)

20. Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (Penyerang)

21. Muhajir Abdu Rauf (Penyerang)

22. Muhammad Shahril Saabah (Penyerang)

- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved