Covid-19: Hanya satu kluster masih aktif di Sabah

14 Apr 2022 • 7:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KOTA KINABALU - Hanya tinggal satu sahaja kluster Covid-19 yang masih aktif di Sabah pada masa ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap Covid-19 Sabah bagaimanapun tidak menamakan kluster berkenaan.

"Perkembangan baharu itu susulan penamatan satu kluster iaitu Kluster Tolokoson Kem 2 di Tenom, hari ini,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sementara itu Masidi berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 158 kes positif baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 369,557 kes, dengan satu kes kematian dilaporkan di Sipitang.

"Peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 65 peratus pada hari ini sekali gus memperlihatkan bahawa risiko jangkitan masih tinggi khususnya di tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

"Justeru, masyarakat diminta agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard yang dikuatkuasakan khususnya semasa mengunjungi gerai-gerai Ramadan,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved