“Nak nangis” – [VIDEO] Ramai Sebak Lihat Rakyat Malaysia ‘Cross Border’ Lepas 2 Tahun di Singapura

Music
1 Apr 2022 • 10:00 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Terlerai sudah kerinduan yang ditanggung rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura apabila tengah malam semalam, Tambak Johor yang disifatkan sebagai laluan tersibuk dunia akhirnya dibuka.

Dua minit sebelum detik 12 malam, kelihatan ramai orang berjalan kaki dari arah Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) Singapura menuju ke Malaysia yang mana menyebabkan ramai yang menunggu di sempadan bersorak kegembiraan, lapor Sinar Harian.

image is not available

 

Sorak ‘Welcome back’ dan ‘Selamat Kembali Ke Malaysia’ kedengaran

Menerusi beberapa video yang dikongsikan di laman TikTok, kedengaran juga laungan ‘welcome back’ dan ‘selamat kembali ke Malaysia’ di R&F Mall berdekatan Tambak Johor.

Tak cukup dengan tu, kelihatan juga video merakamkan mereka yang melepasi sempadan dengan hanya berjalan kaki dan kemudian berlari-lari anak kerana teruja dengan pembukaan tersebut dan tidak sabar untuk pulang ke pangkuan keluarga setelah hampir 2 tahun di perantauan.

 

“Dorang balik aku yang nangis”

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berasa sebak dan seakan-akan dapat memahami perasaan rakyat Malaysia yang sudah sekian lama tidak pulang ke tanah air.

Ramai yang mendoakan semoga bulan Ramadan dan Syawal yang bakal disambut tidak lama lagi akan meriah lagi dengan pembukaan sempadan jalan darat antara dua negara ini.

image is not available

Selamat pulang anak perantauan! Mesti teruja dapat sambut puasa kali ni dengan family kan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.