MB lancar PLATS 3.0, bantu usahawan perluas perniagaan

8 Apr 2022 • 4:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SUBANG JAYA, 8 APRIL: Kerajaan Negeri meneruskan usaha membantu usahawan dengan melancarkan Platform Selangor (PLATS) 3.0.

Majlis pelancaran PLATS 3.0 dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5, Puchong di sini.

Dianjur Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, platform maya itu pada kali ini bekerjasama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Rakan Digital Selangor (RDS).

Pelaksanaan PLATS 3.0 pada kali ini turut melibatkan kerjasama 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam membantu mempercepat penyertaan usahawan dan peniaga.

Turut hadir EXCO Usahawan Rodziah Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar.

Amirudin turut melancarkan Kempen Bawa Bekas Sendiri anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2022.

Beliau turut meluangkan masa mengunjungi gerai-gerai di Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5, Puchong.