Dua petani didakwa ceroboh kawasan TTS diperintah bela diri

23 Apr 2022 • 12:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua petani diperintah membela diri secara berasingan terhadap pertuduhan memasuki kawasan Taman-Taman Sabah (TTS) di Kota Belud, tanpa permit.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu kepada Tingkun Penimbol, 52, dan Edwin Tumbai, 57, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Mahkamah menetapkan 18 dan 19 Julai untuk pembelaan Tingkun serta 20 dan 21 Julai bagi Edwin.

Tingkun didakwa memasuki kawasan Taman Kinabalu berhampiran Kg Sayap, tanpa kebenaran bertulis daripada Lembaga Pengarah, atau Pengarah, atau mana-mana Pegawai Taman, pada jam 11 pagi 27 Nov 2017.

Sementara itu, Edwin didakwa memasuki kawasan hutan yang diwartakan sebagai Taman berhampiran Kg Lasau Mininsud, tanpa kebenaran bertulis daripada Lembaga Pengarah, atau Pengarah, atau mana-mana Pegawai Taman, antara 8 pagi dan 12.30 tengah hari Julai 2017.

Kedua-dua mereka didakwa secara berasingan mengikut Seksyen 48(1)(p) Enakmen Taman 1984 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 48(1)(2) Enakmen sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pihak pembelaan memberitahu mahkamah bahawa bagi kes Tingkun, kira-kira 25 saksi akan dipanggil dan lima saksi untuk Edwin. Pihak pendakwaan telah memanggil sembilan saksi semasa peringkat perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohammed Ali Imran bersama DPP Dacia Jane Romanus, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ram Singh, Kimberly Ye dan Chen Wen Jye.

Mahkamah telah melanjutkan ikat jamin Tingkun dan Edwin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.