
Umum sedia maklum, pendakwaan kes mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, Bella kini sedang berlangsung di mahkamah.
Peguam Hafidzah Hassan yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun turut tidak terkecuali daripada menerima tempias kemarahan rakyat Malaysia.
Beri penjelasan
Menerusi beberapa perkongsian video, Hafidzah menjelaskan dia membuat keputusan untuk mengambil kes tersebut selepas membaca dokumen dan mempercayai versi anak guamnya.
Sambung wanita ini, masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian dan sebaiknya, kita perlu menunggu sahaja keputusan yang dibuat mahkamah kelak.

Peguam ‘koyak’ dicemuh rakyat Malaysia?
Menerusi satu video yang sama, Hafidzah meminta rakyat Malaysia agar bersikap adil dan memerhatikan kes daripada kedua-dua belah pihak.
“Sebab tu dalam apa-apa kes, you tanya both side. Jangan sibuk-sibuk sangat hal orang. Takde kena mengena dengan you pun. Nak sokong tak bertempat”, tegas peguam Siti Bainun itu.
“Sokong jela diam-diam. Pastu nak tuduh-tuduh, peguam ni wakil je.”
@leeyaaamylia #justiceforbella #kamisempoi #slottoboss #HaierAirPower #plugandplayit #fyp #fyp #masukberanda
Minta belajar hormat orang
Hafidzah turut menjelaskan seseorang itu tidak akan mendapat pengetahuan penuh tentang kes dengan hanya menghadiri dalam perbicaraan di mahkamah sahaja.
Dalam video yang sama, peguam ini meminta rakyat Malaysia belajar menghormati orang lain dahulu dan tidak bercakap sesuka hati dengan tujuan untuk mendapat sokongan dan perhatian.
“Belajar hormat orang lain dulu. Jangan sebab kita ni bagus, kita nak cakap sesuka hati kita supaya orang menyokong kita”
“Tepuk tangan dapat apa? Guarantee masuk syurga pulak ke?”, tegas Hafidzah.
@leeyaaamylia Balas kepada @husnaghani29 bincangkan#justiceforbella #kamisempoi #HaierAirPower #slottoboss
#plugandplayit #fyp #fyp #masukberanda
Untuk rekod, media melaporkan saksi mendakwa kejadian tertarik langsir sehingga besi penggantung langsir tercabut menjadi punca Siti Bainun berang dan bertindak memeukul Bella.
Sumber: Kosmo
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

