WhatsApp Sedang Menguji Ciri Mengundi Untuk WhatsApp Group

TechnologyDigital
6 Apr 2022 • 11:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Di Facebook anda boleh siarkan undian untuk meminta pendapat orang ramai, begitu juga di Twitter. Tetapi meminta undian dalam aplikasi pemesejan tidak banyak yang ada, lebih-lebih lagi dalam sesuatu perbualan berkumpulan jika ingin tanya berbuka puasa di mana, ingin solat terawih di mana dan sebagainya.

WhatsApp dilihat sedang menguji ciri ini untuk WhatsApp di iOS. WhatsApp dilihat akan menyertakan poll atau undian yang membenarkan pengguna meletakkan 12 pilihan soalan atau pendapat.

image is not available

Buat masa ini masih tidak pasti sama ada adakah ciri ini terhad pada iOS sahaja atau turut akan ditawarkan kepada Android. Turut tidak pasti bilakan ciri ini akan diedarkan, kerana sumber menyatakan ia masih lagi dalam pembangunan.