
Kota Kinabalu: Atlet angkat berat wanita Sabah, Elly Cassandra Engelbert dan Marceeta Marcus dipilih untuk mewakili negara pada Sukan SEA Vietnam yang dijadualkan bermula Mei ini.
Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Angkat Berat Sabah Philip Gisan semasa kunjungan hormat badan negeri itu kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin di pejabatnya pada Rabu.
Menurut Philip, kedua-dua atlet yang bakal membuat penampilan kedua mereka pada temasya dwitahunan itu kini enjalani latihan bersama skuad kebangsaan di Rompin, Pahang sebelum berlepas ke Hanoi.
Beliau turut mendedahkan sebagai pemegang lesen IWF (Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa) Tahap satu, beliau akan terlibat dalam temasya itu sebagai salah seorang pegawai teknikal.
Sementara itu, menteri berkenaan dimaklumkan pada kunjungan itu bahawa persiapan atlet Sukma negeri sedang berjalan dan badan negeri juga sedang menyediakan senarai atlet tambahan untuk temasya terbabit pada September.
Selain itu, Ellron turut diingatkan bahawa peralatan angkat berat di Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang berusia tiga dekad perlu diganti dan persatuan itu turut meminta tambahan jurulatih agar mereka dapat menjalankan program dengan lebih cekap.
Turut hadir dalam kunjugan pada Rabu ialah timbalan setiausaha tetap kementerian Putra Jali, pengarah Majlis Sukan Sabah Mohd Asneh Mohd Noor dan timbalannya Valerie Wong.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

