Tuntutan palsu: Guru besar, pengarah syarikat direman tiga hari

22 Apr 2022 • 5:10 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Dua individu termasuk seorang guru besar wanita sekolah jenis kebangsaan (SJK) masing-masing direman tiga hari bermula Jumaat bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM80,000.

Perintah reman terhadap wanita berusia 55 tahun itu dan seorang lelaki yang merupakan Pengarah Teknikal sebuah syarikat teknologi maklumat berusia 47 tahun dikeluarkan oleh Majistret Nur Faizah Abdul Sani mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mereka disyaki melakukan perbuatan itu pada Ogos 2020 ketika wanita tersebut menyandang jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Lelaki itu dikatakan telah mengemukakan invois palsu berhubung kerja-kerja pendawaian elektrik yang tidak dilaksanakan dan disahkan oleh guru terbabit.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada Khamis. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved