Old Enough: Tonton Gelagat Comel Kanak-kanak Jepun Selesaikan Tugasan Seorang Diri Tanpa Bantuan Orang Dewasa

Entertainment
10 Apr 2022 • 10:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang gemar menonton rancangan realiti Korea Selatan The Return of Superman, mesti korang akan minat nak tengok dokumentari Jepun “Old Enough” ini.

Rancangan ini memaparkan kanak-kanak yang berumur dua hingga empat tahun yang disuruh oleh ibu bapa untuk keluar dan selesaikan tugasan seorang diri tanpa bantuan orang dewasa.

image is not available

Jurukamera pula akan mengekori dan merakam gelagat si kecil ini secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mereka.

“Old Enough” ini telah meraih perhatian daripada ramai penonton setia Netflix kerana siri ini baru sahaja ditayangkan di platform strim itu pada 1 April lalu.

Walaupun baru sahaja ditayangkan di situ, namun sebenarnya ia telah mula ditayangkan di televisyen Jepun sejak 1990 lagi.

Menurut Yahoo! News, laluan yang akan dilalui oleh kanak-kanak itu akan diperiksa terlebih dahulu oleh pihak produksi dan ibu bapa mereka.

image is not available

Jiran-jiran di sekitar kawasan lokasi penggambaran turut dimaklumkan untuk mengelakkan mereka daripada menghubungi polis apabila melihat kanak-kanak berjalan seorang diri.

Difahamkan juga, kru produksi akan berlakon jadi orang awam untuk memastikan keselamatan kanak-kanak.

Antara tugasan yang diberikan kepada kanak-kanak ini ialah membeli barang di pasar raya, ke rumah nenek untuk ambil sayur dan ada yang disuruh ke dobi untuk ambil semula baju yang dah dicuci.

Boleh tonton episod pendek “Old Enough” ini dulu sebelum korang layan episod penuhnya di Netflix.

Setiap episod pula akan menampilkan kanak-kanak yang berbeza. Ramai yang berpendapat rancangan seperti ini boleh meningkatkan keyakinan kanak-kanak.

Penonton juga ramai yang terhibur tengok gelagat kanak-kanak yang comel dan cuba jadi berani untuk selesaikan tugasan masing-masing.

Lagipun, dekat Jepun memang selamat kalau budak-budak jalan ke kedai tanpa pengawasan orang dewasa. Dorang pergi sekolah pun boleh naik tren sorang-sorang je.

Dengar kata, dulu-dulu (sekitar tahun 2010), TV3 pernah tayangkan rancangan ini pada setiap hujung minggu.

Rancangan ini turut diadaptasi ke siri dokumentari Singapura dengan nama yang sama. Boleh tonton di sini kalau nak tengok versi negara jiran kita pula.

Tapi, kalau kat Malaysia ni susah sikit kalau nak buat rancangan macam ni sebab rasanya tak begitu selamat untuk kanak-kanak berjalan sendirian.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article