Sumbangan Ilya Ramadan RM200,000 untuk masjid, surau di Port Dickson

8 Apr 2022 • 3:31 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 8 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan Ihya Ramadhan sebanyak RM200,000 kepada 100 masjid dan surau di seluruh kawasan parlimen Port Dickson.

Ahli parlimen Port Dickson itu menjelaskan peruntukan tersebut bertujuan menjayakan aktiviti anak kariah sepanjang bulan puasa tahun ini, lapor Negeri Kita, sebuah portal berita berpangkalan di Negeri Sembilan.

Anwar yang juga ketua pembangkang dan presiden Parti Keadilan Rakyat turut menyediakan 5,000 kilogram kurma untuk diagih kepada penduduk sekitar Port Dickson.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada mereka semua, Insya-Allah,” katanya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved