
Menahan lapar dan dahaga adalah cabaran yang biasa buat umat Islam ketika di bulan Ramadan. Walaubagaimanapun, andai cuaca terlalu panas, dugaan untuk mengekalkan tahap kehidratan yang baik di dalam badan pastinya lebih ketara.
Jadi bagaimanakah cara terbaik untuk sentiasa kekal hidrat ketika di bulan Ramadan? Berikut adalah beberapa tips berguna untuk mengekalkan tahap kehidratan ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

1. Minum air secukupnya
Ketika di bulan Ramadan, kita hanya boleh minum air pada waktu malam. Maka kebarangkalian untuk kekal hidrat pada waktu siang adalah lebih rendah.
Untuk mengatasi masalah ini, seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia, anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari untuk memastikan tubuh badan sentiasa terhidrat meskipun di bulan Ramadan (Sumber).
Jangan minum air dengan banyak sekaligus, sebaiknya minumlah air secukupnya secara konsisten berdasarkan turutan waktu yang telah ditetapkan. Dengan cara ini, badan boleh menyerap air yang cukup pada satu-satu masa.

2. Kurangkan makanan bergaram
Pengambilan terlalu banyak makanan bergaram yakni yang mempunyai kandungan sodium yang tinggi akan mengakibatkan tubuh badan anda lebih cepat dehidrasi.
Apabila anda makan terlalu banyak makanan bergaram, badan serta buah pinggang mungkin tidak boleh berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan anda menjadi dehidrasi dimana kondisi tubuh kekurangan cairan yang diperlukan (Sumber).
3. Elakkan minuman berkafein
Untuk pengetahuan anda, selain kopi, minuman yang berasaskan teh, koko, dan air bikarbonat juga mengandungi kafein (Sumber).
Menurut kajian, pengambilan minuman seperti kopi yang umum tahu mempunyai kandungan kafein yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pengeluaran air kencing (Sumber).
Sekiranya anda kerap kencing, kandungan air di dalam badan akan berkurangan dan ini secara tidak langsung akan mengganggu tubuh untuk terus kekal hidrat di bulan Ramadan.
4. Minum lebih banyak air suam
Air yang sejuk sememangnya lebih popular ketika di bulan Ramadan. Selepas seharian penat berpuasa, air sejuk pastinya lebih menggiurkan. Tiada masalah, anda boleh mengambil minuman yang sejuk ketika berbuka puasa tetapi selebihnya eloklah minum lebih banyak air suam.
Air suam boleh memudahkan proses pencernaan dengan membantu memecahkan makanan dengan lebih cepat. Jika anda minum air yang berais, badan hanya mampu membakar lebih 8 kalori sahaja. Malah tabiat minum air sejuk juga sering dikaitkan sebagai penyebab migrain (Sumber).
5. Makan lebih banyak buah-buahan
Selain minum air secara konsisten pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, anda juga boleh menambah kandungan air di dalam badan dengan makan lebih banyak buah-buahan.
Buah-buahan seperti tembikai, strawberi, pic, dan oren mempunyai kandungan air yang tinggi yakni lebih kurang 80 ke 90 peratus (Sumber).
Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.

