Jurulatih selam ditemui selamat

7 Apr 2022 • 2:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

MERSING - Seorang daripada empat penyelam yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Mersing pada Rabu ditemui selamat.

Wanita warga Norway, Kristine Grodem, 35, dibawa dengan menaiki helikopter ke Stadium Mini Mersing, jam 12.05 tengah hari Khamis.

Memetik laporan Awani, Kristine merupakan jurulatih selam kepada lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya, Nathan Renze, 14, warga Belanda dan wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18, yang masih hilang ketika ini.

image is not available

Dalam kejadian tengah hari pada Rabu, empat warga asing itu hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi laman Facebook rasminya melahirkan rasa syukur di atas penemuan Kristine dan meminta semua agar mendoakan mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa lain dipermudahkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved