“Thank you geng” – Followers TikTok Khairul Aming Naik Mendadak, Bukti Video Memasak Masih Relevan

Entertainment
13 Apr 2022 • 11:35 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa je yang tak tertunggu-tunggu resepi Ramadan Khairul Aming kan?

Apatah lagi, tahun ini merupakan tahun kelimanya mengadakan content 30 Hari 30 Resepi Ramadan yang mana ia merupakan segmen yang sangat dinanti-nantikan oleh orang ramai tambah pula dengan video live yang dibuat setiap jam 3 petang!

Baru-baru ini Khairul Aming telah membuat satu posting di akaun Twitternya @khairulaming mengatakan bahawa bilangan followers di akaun TikToknya telah meningkat secara mendadak walaupun baru 10 hari Ramadan.

Difahamkan bilangan followers Khairul Aming telah meningkat dari 1.3 juta kepada 1.7 juta yang mana menjadikan lebih 400,000 pengikut baru di TikToknya malah jumlah likes yang diterima juga lebih dari 13 juta!

image is not available

Mula sebagai hobi, tanpa disangka ianya masih lagi mendapat sambutan yang hangat dari peminat di Malaysia serta dari Indonesia dan Singapura. Malah setiap video yang muat naik juga mendapat lebih dari 2 juta views.

“Kau memang layak bro!”

Tweet yang dibuat itu mendapat pelbagai reaksi yang rata-rata mengatakan bahawa ianya selayaknya diterima oleh Khairul Aming selepas kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang lima tahun ini.

image is not available

Bahasa yang senang difahami serta bahan-bahan memasak yang mudah untuk digunakan juga dilihatkan menjadi salah satu sebab video memasak Khairul Aming masih relevan sehingga ke hari ini.

Min pun haa, setiap tahun akan cuba resepi yang Khairul Aming ni share! Cumanya Sambal Nyet dia je tak dapat-dapat nak beli, asyik sold out. Huhuhu…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.