Malang Tak Berbau – Lelaki Maut Digilis Bas Sendiri Ketika Sedang Betulkan Kenderaan

28 Apr 2022 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

‘Malang tidak berbau’, itulah yang boleh dikatakan kepada seorang lelaki yang menjadi mangsa bas sendiri apabila dia digilis kenderaan berkenaan ketika sedang memperbaikinya di bahu jalan di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) berdekatan dengan Tol Subang.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 31 tahun itu maut di tempat kejadian.

Beliau juga berkata bahawa kejadian itu berlaku pada pukul 4 petang selepas mangsa memberhentikan bas di tepi jalan dan masuk ke bawah kenderaan tersebut untuk membaikinya.

image is not available

Sumber : harianmetro  

Namun begitu, bas yang hendak diperbaiki secara tidak sengaja bergerak lalu menggilis mangsa. Siasatan lanjut juga masih dijalankan untuk memperolehi lebih banyak informasi tentang punca kejadian dan sebab kematian mangsa.

Mohamad Fakhrudin juga meminta agar mana-mana saksi yang mempunyai maklumat tentang kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) "Semoga Bertabah"- Bapa Hilang Dua Orang Anak Serentak Sebak Nak Uruskan Jenazah