Pemandu Maut Digilis Bas Sendiri

28 Apr 2022 • 2:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Terdapat satu kejadian dimana seorang lelaki yang merupakan pemandu bas maut kerana digilis basnya sendiri.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku berdekatan Plaza Tol Subang, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Klang pada petang semalam dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

image is not available

Pada awalnya lelaki berkenaan memberhentikan basnya selepas dipercayai mengalami kerosakan. Kemudian, dia turun dan masuk ke bawah bas untuk membaiki sebelum kenderaan tersebut bergerak dan menggilisnya. Allahu, ngeri pula dengar..

Mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kemalangan serta sebab kematian.

Orang ramai yang melihat atau menjadi saksi kejadian tersebut diminta untuk memberi maklumat kepada balai polis untuk membantu siasatan. 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

The post Pemandu Maut Digilis Bas Sendiri appeared first on Oh! Media.