Apple HomePod Baharu Mungkin Dilengkapi Kamera Dan tvOS

TechnologyDigital
19 Apr 2022 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

HomePod sudah berusia empat tahun tetapi pegangannya dalam dunia speaker pintar masih di belakang Google Nest dan Amazon Alexa. Apple telah menghentikan terus jualan HomePod asal dengan kini hanya HomePod mini dipasarkan. Kini menurut Bloomberg, HomePods baharu sedang dibangunkan yang ciri yang tidak dijangka.

image is not available

HomePod generasi baharu akan dilengkapi kamera FaceTime dan menggunakan sistem operasi tvOS. Apabila disambungkan kepada TV, pengguna boleh melakukan panggilan FaceTime dan menggunakan HomePod sebagai kotak TV seperti Apple TV.

Ini adalah ura-ura yang sedikit berbeza berbanding awal bulan lalu yang mengatakan Apple TV akan dibangunkan dengan speaker dan kamera. Idea yang di luar kota ini adalah agak menarik kerana ia sudahpun dilakukan oleh JBL Link Bar sebelum ini.