“Teringin beraya dalam lokap ke?” – Pelajar SMK di Langkawi ‘Bantai’ Kawan, Siap Baling Meja

Entertainment
28 Apr 2022 • 4:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gejala buli ini antara masalah yang amat sukar dibendung sejak dulu lagi, kes buli dalam kalangan pelajar sekolah kini semakin berleluasa dan adanya telefon pintar, pelajar-pelajar kini seakan lebih berani untuk ‘menonjolkan’ diri ketika melakukan perkara terkutuk itu.

Baru-baru ini, tular di media sosial video berdurasi 25 saat yang memaparkan ‘aksi’ beberapa orang pelajar dari sebuah sekolah menengah di Langkawi, memukul seorang pelajar malang. Lebih memeritkan, mangsa buli itu dipukul beramai-ramai dan ada yang bertindak membaling meja ke arah pelajar malang itu.

image is not available

Korang boleh tengok video di sini.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan pihaknya sudah menerima laporan berkenaan insiden tersebut.

“Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes sedang dalam siasatan. Maklumat lanjut akan menyusul kemudian,” katanya

“Buat hal lah, bulan-bulan puasa ni!”

Sementara itu, video tersebut yang sedang tular di media sosial mengundang kemarahan netizen kerana mangsa kelihatan begitu tidak berdaya selepas dipukul beramai-ramai sebegitu.

Tidak kurang juga yang menyarankan pihak polis untuk memberikan tindakan yang sewajarnya.

image is not available

Kenapalah tergamak nak pukul orang macam tu?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.