Ini Rupa Yamaha Y15ZR Untuk Tahun 2022, Warna Kelabu Paling Garang!

Cars
6 Apr 2022 • 4:04 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Yamaha Y15ZR untuk tahun 2022 telah dilancarkan Hong Leong Yamaha Motor. Apa agaknya yang menarik dibawakan pada moped popular ini kalini agaknya?

Menurut laporan Careta, terdapat empat pilihan warna baru ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu Hijau, Cyan, Biru dan kelabu. Pergh! Warna kelabu ni cantik gila!

image is not available

Moped ini dikuasakan dengan enjin 150cc silinder tunggal yang mampu menghasilkan sehingga 15.2hp dan tork sehingga 13.8Nm. Untuk kotak gear, ia masih menggunakan kotak gear lima kelajuan seperti versi sebelum ini.

image is not available

Rasanya hampir semua sama dengan apa yang ditawarkan pada versi sebelum ini, cuba cover set saja yang berbeza. Apa pandangan korang?

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh dapatkan Y15ZR keluaran baru ini pada harga bermula RM8,498 dengan waranti sehingga 2 tahun atau jarak pemanduan sehingga 20,000 bagi mana satu yang sampai dulu.

Kredit: Careta

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.