“Patut tutup wad ni…” – Wanita Kongsi Pengalaman ‘Horror’ Kuarantin Di Hospital Kuala Lumpur

Entertainment
4 Apr 2022 • 12:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hampir tiga tahun kita ‘berperang’ dengan wabak Covid-19, pastinya pelbagai kisah suka dan duka telah kita dengari sepanjang penularan wabak tersebut.

Walaupun kita kini sedang dalam fasa peralihan endemik, tetapi kes positif masih tinggi dan kita perlu berjaga-jaga.

Baru-baru ini, seorang ibu telah berkongsi keadaannya yang terkena jangkitan wabak tersebut dan dikuarantin di wad bersalin lama Hospital Kuala Lumpur bersama bayinya yang berusia bawah dua bulan.

Surat terbuka kepada YB @khairykj , @dg_hisham dan @kkmm_gov . Khairy Jamaluddin KEMENTERIAN KESIHATAN…

Posted by Alia Nordin on Wednesday, March 30, 2022

“Rasa macam nak lari”

Perkongsian daripada Alia Nordin di laman Facebooknya itu menyatakan kondisi wad berkenaan sangat teruk sehinggakan tiada sinki untuk mencuci barangan bayi dan memandikan bayi.

Selain itu, peti sejuk untuk menyimpan susu yang sudah dipam juga amat mengerikan, keadaanya agak kotor sehingga membuatkan rasa jijik.

Lebih menyedihkan, ruangan untuk ibu menyusukan bayi atau mengepam susu juga tidak disediakan, pesakit terpaksa menyusukan bayi di hadapan pesakit-pesakit lain secara terbuka.

Wad kotor, paip bocor dan makanan sampai lambat

Sejurus Puan Alia memuat naik posting tersebut, ramai lagi yang berkongsi kedaifan wad bersalin lama di Hospital Kuala Lumpur itu.

image is not available

image is not available

Harap masalah ini dapar diselesaikan dengan kadar segera!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.