Perdana Menteri lulus dana kecemasan

LocalPolitics
29 Apr 2022 • 3:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob bersetuju meluluskan peruntukan kecemasan bagi mengatasi kesukaran yang dihadapi murid sekolah akibat banjir di beberapa kawasan di Nabawan, kata Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

“Saya berjumpa Perdana Menteri untuk memaklumkan keadaan di beberapa kawasan di daerah ini yang terjejas teruk.

“Perdana Menteri bersetuju mengeluarkan peruntukan kecemasan bagi mengatasi masalah ini,” katanya, Khamis.