Aksi Comel Baby Panda Berkungfu, Berebut Tong Sampah Buat Netizen Terhibur

Entertainment
14 Apr 2022 • 12:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Viral di TikTok perkongsian video yang dibuat Zoo Negara Malaysia memaparkan seekor panda berebut tong sampah dengan penjaga zoo.

Dalam video pendek itu, baby panda dilihat teruja cuba bermain dan menyorok di dalam tong sampah namun dihalang penjaga zoo yang sedang membersihkan kawasan.

image is not available

Tidak berpuas hati, baby panda rebut kembali tong sampah dan mengejar penjaga zoo. Alahai comelnya! Sempat pula dia berkungfu dekat situ.

Setakat ini perkongsian telah mendapat lebih 2 juta tontonan dan ribuan komen. Rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat aksi panda ditambah dengan latarbelakang lagu ‘Kung Fu Fighting’.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Ada juga yang geram bila panda asyik tidur bila mereka berkunjung ke Zoo Negara. Rupa-rupanya penat bergaduh dengan abang Zoo!

Ada yang mencadangkan Zoo Negara agar perbanyakkan content sebegini untuk menarik ramai orang berkunjung ke Zoo Negara. Betul juga tu kan?

Kredit: TikTok Zoo Negara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.