Wakil rakyat Sekinchan peruntuk RM50,000 anjur program sepanjang Ramadan

12 Apr 2022 • 12:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 12 APRIL: Sebanyak RM50,000 diperuntuk wakil rakyat Sekinchan bagi menganjurkan pelbagai program untuk penduduk sepanjang Ramadan ini.

Ng Suee Lim berkata setakat ini antara program yang sedang berlangsung ialah ziarah Ramadan ke rumah keluarga kurang berkemampuan (B40).

“Sebanyak 100 rumah di kawasan Sekinchan serta di Parlimen Tanjung Karang kita ziarah di mana tiap keluarga menerima sumbangan Ramadan dan duit raya,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata selain itu pihaknya juga memperuntukan 1,500 kotak buah kurma dan 2,000 bungkus bubur lambuk untuk diedar kepada orang ramai di bazar Ramadan.

Katanya, aktiviti edaran itu dilakukan setiap Sabtu selama empat minggu di bazar lokasi terpilih.

image is not available
Ng Suee Lim mengagihkan buah kurma dan bubur lambuk kepada penduduk Sungai Burong, Tanjung Karang pada 10 April 2022. Foto Ng Suee Lim