(VIDEO) Pengunjung Bazar Ditegur Tak Tutup Aurat, Kena Ceramah Dengan Penguatkuasa

11 Apr 2022 • 6:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sepanjang bulan Ramadan, bazar Ramadan seringkali menjadi tumpuan bagi rakyat Malaysia tidak mengira agama ataupun bangsa.

Setiap bazar yang ada, selalunya ia akan menjadi tumpuan kerana makanan unik yang disajikan.

Namun, berbeza ceritanya dengan bazar Ramadan di Kelantan, di mana pengunjung bazar yang tidak menutup aurat terus diberikan teguran ‘on the spot’ oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUS).

Perkongsian video TikTok oleh individu yang dikenali sebagai @hafizghafur menunjukkan beberapa pengunjung ditegur oleh BPUS tentang penjagaan aurat.

BPUS juga mengedarkan flyers tentang penjagaan aurat untuk pengunjung bazar Ramadan sempena Operasi Aurat yang dijalankan.

Menjengah ke ruangan komen juga, rata-rata warganet menyokong tindakan itu dan berharap lebih banyak operasi seperti itu dijalankan di seluruh negeri di Malaysia.

image is not availableimage is not available

BPUS bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) juga dikatakan membuat pemeriksaan tidak puasa di sekitar kawasan Kota Bharu.

image is not available 1 minggu lalu

"Semua Komplen, Seram Nak Pergi" - Nasi Tomato RM10, Peniaga Bazar Ramadan Terpaksa Naik Harga

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved