Posting Viral, Adakah Baik atau Mendatangkan Keburukan?

20 Apr 2022 • 9:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Posting Viral, Adakah Baik atau Mendatangkan Keburukan?

Isu posting viral selalu dijadikan bahan bualan dan juga teknik pemasaran. Jika kita lepak atau makan di mana-mana bersama keluarga dan rakan, isu viral mesti dijadikan bahan bualan untuk rapatkan silaturrahim. Ada juga yang memerah otak semata-mata untuk dapatkan pemasaran yang ‘viral’ supaya lebih senang produk atau servis mereka sampai kepada audien.

Viral juga mendatangkan keburukan kepada si penyebar mahupun yang menjadi bahan dalam konten. Sebagai contoh, konten viral yang mempopularkan Youtuber, Sugu Pavithra sebagai tukang masak yang mesra dan baik. Akhirnya, karya konten mereka dipadam akibat daripada perbalahan suami isteri. Mungkin juga disebabkan desakan keluarga yang meminta bantuan untuk mereka.

Apapun kesan yang mendatang akibat viral ini, ada juga kebaikan yang boleh diketengahkan. Sebagai contoh, ada rakan yang kehilangan kenderaan boleh ditemukan semula dengan hanya kuasa viral. Ianya satu cara yang cepat untuk mengenalpasti sesuatu barangan yang hilang…

Kelebihan yang ada pada posting viral juga boleh mengeratkan silaturahhim melalui ruang komen di posting. Diam tak diam, ada rakan jauh anda yang mempunyai minat yang sama dalam sesuatu posting itu. Bukankah itu kebaikan eratkan sliaturrahim?

Sebenarnya posting viral adalah salah satu teknik dalam pemasaran. Teknik pemasaran yang ‘evergreen’ lebih berhasil menukarkan audien anda kepada jualan. Ianya tidak semestinya posting viral boleh menaikkan jualan anda. Ada juga yang hidup dalam ketakutan apabila diviralkan. Bukan semua orang boleh menghadapi tekanan yang besar dalam hidup mereka.

Sebaiknya, dalam segala posting yang kita hendk buat, haruslah kita fikir dahulu sebelum membuat posting. Posting yang sudah dibuat hendaklah tidak mengguris mana-mana pihak dan juga tidak mahu meraih perhatian orang ramai. Zaman sekarang banyak yang mahu meraih simpati atau perhatian di media sosial. Ianya tidak sihat kerana perbuatan itu seolah-olah dibuat untuk memuaskan hati sendiri sahaja. Tidakkah itu dinamakan pentingkan diri sendiri?

Adat sopan orang Malaysia sudah mula terhakis dek kemodenan yang melanda negara dan dunia ini. Di masa ini, adab ini harus menjadi kayu ukur peribadi seseorang dan bukannya daripada material luaran.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.