
Selama ini, kita selalu dengar watak-watak dan filem-filem inspirasi atau kisah tragedi banyak di ambil dari kisah benar. Tapi tahukah korang yang ada juga watak-watak jahat (villain) dalam sesetangah filem ini diinspirasikan dari kisah benar dan orang asal itu wujud? Meh sini, min share watak apa, dari filem apa dan siapa orang yang sebenarnya.
1) General Lunderdoff – Filem Wonder Woman

Siapa yang tengok filem Wonder Woman 1, dari DC External Universe (DCEU) ini mesti tahu mereka gunakan latar belakang perang dunia pertama bagi jalan penceritaannya.
Korang mesti perasan dengan watak General Lunderdoff (dimainkan oleh Danny Huston) yang juga musuh ketat kepada Wonder Woman sendiri.
Berpewatakan kejam dan sangat obses untuk memenangi perang bagi pihak Jerman, sampai sanggup gunakan senjata kimia.

Sebenarnya juga, ‘karakter’ ini memang wujud di dunia nyata dan ia diilhamkan dari seorang Jeneral Jerman bernama Erich Lunderdoff yang juga panglima perang Jerman dari tahun 1916 hingga 1918 menurut sumber.
Bagaimanapun dia telah digantikan oleh panglima lain bagi jawatan tersebut setelah gagal dalam sebuah misi pada tahun 1918.
2. Leatherface – Filem The Texas Chainsaw Masscare
Seterusnya ini pula, adalah daripada salah satu filem horror terbaik yang pernah ditayangkan iaitu The Texas Chainsaw Massacre (1974). Cerita ini mengisahkan tentang seorang pembunuh bernama Leatherface yang akan membunuh mangsanya menggunakan pisau, gergaji dan juga tukul.
Untuk lebih creepy, dia memakai topeng yang diperbuat daripada kulit manusia dan golongan remaja selalu jadi mangsanya. Difahamkan juga, Leatherface dan keluarganya adalah kanibal dan jadikan mangsanya sebagai makanan.

Sebenarnya, karakter Leatherface ini telah diinspirasi dari seorang penjenayah sekitar tahun 1954 hingga 1957 iaitu Ed Gein.
Kalau Leatherface buat topeng guna kulit manusia, tapi Ed Gein ni lagi ‘mewah’ dengan memakai sut yang diperbuat daripada mangsa wanitanya.
3. Kevin Wendell Crumb – Filem Split
Ketiga dalam senarai ini pula adalah bagi watak Kevin Wendell Crumb (dibawa oleh James McAvoy), dari filem Split yang ditayangkan pada tahun 2016.
Dalam cerita ini, Kevin Wendell Crumb merupakan seorang lelaki yang mengalami Dissociative Identity Disorder (DID) atau kecelaruan identiti. Dia mempunyai 24 personaliti di mana setiap satu itu adalah berbeza dan Crumb.

Dia telah culik, dan kurung tiga orang wanita di suatu tempat dalam filem ini. Idea bagi watak Crumb ini diinspirasikan dari seorang penghidap DID iaitu Billy Milligan, yang turut mempunyai 24 personaliti dimana 10 baik dan selebihnya jahat.
Dia pernah ditahan atas kesalahan merogol dan merompak pada 1975. Dua tahun kemudian dia sekali lagi ditahan sebab merogol tiga orang wanita. Perbicaraannya juga menimbulkan kontroversi, Milligan tidak dihantar ke penjara malah dimasukkan ke pusat mental. Dia dibebaskan pada tahun 1988.
4. Pennywise The Clown – Filem It
Terakhir dalah filem seram It, iaitu Pennywise The Clown. Sebenarnya filem ni telah diadaptasi dari novel “IT” yang ditulis oleh Stephen King pada tahun 1986.
Dalam filem ini, Pennywise akan muncul setiap 27 tahun di bandar Derry di Maine, Amerika Syarikat. Motif dia adalah mengajak kanak-kanak untuk bermain atau membantunya lalu membunuh mereka. Terus teringat scene dia tunggu dalam longkang tu…

Rupanya, watak Pennywise ini pun diilhamkan dari seorang pembunuh bersiri bernama John Wayne Gacy. Dia ini bekerja sampingan sebagai seorang badut dan buat persembahan seperti di hospital dan fun fair.
Namun pada tahun 1970-an, John Wayne menggemparkan seluruh negara apabila dia didapati membunuh lebih daripada 33 orang kanak-kanak dan remaja lelaki.
Modus operandi dilakukannya juga seakan sama macam watak Pennywise, di mana dia mengumpan mereka ke rumahnya untuk tunjuk aksi silap mata sebelum membunuh mereka. Oleh itu, dia digelar sebagai ‘Killer Clown’.
Baca : Ada Yang Diinspirasikan Dari Kisah Benar, 7 Filem Korea Sedih Ini Akan Buat Air Mata Korang Banjir
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


