The TikTok logo is seen on an iPhone 11 Pro max in this photo illustration in Warsaw, Poland on September 29, 2020. The TikTok app will be banned from US app stores from Sunday unless president Donald Trump approves a last-minute deal between US tech firm Oracle and TikTok owner ByteDance. US authorities say the Chinese video sharing app threaten national security and could pass on user data to China. (Photo by Jaap Arriens/NurPhoto via Getty Images)
Semenjak beberapa tahun yang lalu apabila media sosial mulai mendapat tempat dalam kehidukan harian manusia, kita dapat melihat pelbagai tindakan dan ragam manusia secara terus di alam maya. Apabila media sosial berkembang dan lebih banyak aplikasi media sosial diperkenalkan kepada orang ramai di serata dunia, kita dapat mengenali dan menyaksikan gelagat orang (sama ada terbuka atau peribadi) dengan lebih dekat dan kerap lagi. Lama kelamaan, perkongsian hal peribadi juga menjadi kebiasaan tanpa rasa malu-malu lagi. Ini boleh didapati di semua aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Youtube dan paling baru, TikTok.
Beberapa hari yang lepas terdapat ramai netizen di Twitter menyuarakan rasa tidak puas hati apabila melihat seorang pegawai penguatkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat sesi “Live” (secara langsung) di TikTok sewaktu sedang bertugas dan dalam proses melakukan operasi. Ini mendatangkan marah orang ramai kerana petugas-petugas dan anggota-anggota keselamatan tidak patut melanggar SOP (standard operating procedure) sewaktu bekerja, lebih-lebih lagi sewaktu hendak melakukan operasi.


Apakah pegawai tersebut lebih memikirkan populariti dan ingin meraih pengikut daripada memikirkan kerahsiaan dan keselamatan rakan sejawat sebelum melakukan operasi?
Bukan itu sahaja, ketika wanita tersebut yang juga seorang Penolong Penguasa Polis (ASP) sedang membuat sesi “Live” tersebut, dia juga sempat mempromosikan akaun TikToknya supaya dapat meraih lebih 1,000 pengikut.
Isu pekerja-pekerja kerajaan atau anggota-anggota kerajaan menonjol di media sosial bukan perkara baru. Ia membangkitkan amarah orang ramai kerana sikap begitu dianggap tidak profesional dan selalunya akan dikenakan tindakan tatatertib. Lebih-lebih lagi apabila ia berlaku di dalam kawasan dan waktu bekerja.
Ini bukan sahaja tertumpu kepada anggota keselamatan seperti Polis atau pasukan ketenteraan, namun guru sekolah kebangsaan (kerajaan) juga boleh diambil tindakan tatatertib jika didapati melanggar pematuhan standard yang sudah ditetapkan.

Perkara ini nampaknya telah sampai ke pengetahuan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan beliau menyatakan bahawa ASP tersebut sedang disiasat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Beliau juga menyatakan pangkat wanita tersebut tidak akan mengganggu siasatan kerana semua tingkah laku sewaktu bekerja adalah tanggungjawab individu dan institusi.
Terdapat banyak peraturan yang perlu diikuti anggota kerajaan terutamanya apabila sedang bekerja dan menggunakan pakaian seragam kerana setiap tindak tanduk individu mencerminkan institusi. Maka, jika ada di antara anda yang bekerja dengan kerajaan tetapi suka juga memuat naik video-video atau gambar di media sosial, pastikan ia di dalam kapasiti anda sebagai seorang individu dan dilakukan selepas waktu bekerja (tanpa melibatkan pakaian atau logo rasmi kerajaan).
Saya Zuan adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


![“Lah scammer pun cari jodoh” – [VIDEO] Niat Nak Kenakan Scammer, Tiba-tiba Kena Ajak Kahwin](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)