
Orang kata kalau jodoh tu kuat, akan ada mirip dekat raut wajah pasangan itu, tapi pasangan Nurul dan Muhyidin ini rasanya macam dah terlebih kuat, muka mirip dan nama ayah pula sama.
Imam tanya semua pihak sebelum kasi nikah
Menurut pemilik akaun TikTok ini, urusan akad nikahnya terganggu sedikit kerana imam yang bertugas meragui dengan hubungan mereka gara-gara nama ayah kedua-dua mempelai ini Che Ahmad.
Malah imam yang bertugas tanya seorang demi seorang ahli keluarga sehinggakan hubungi bapanya sampailah betul-betul yakin bahawa mereka sebenarnya tiada ikatan adik beradik, barulah urusan akad nikah berjalan dengan lancar.
@soya.naraa Imam tanya mak imam call ayah imam tanya perempuan imam tanya lelaki imam tanya lagi sebelum akad nikah
Perkongsian yang telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan ini sudah semestinya membuatkan ramai netizen tertarik kerana perkara sebegini jarang sekali berlaku. Bagi min rasanya tak pernah lagi pun.



Walau bagaimanapun ada netizen kongsikan perkara yang sama terjadi kepada ahli keluarga mereka. Malah ada juga yang kini sedang bercinta dan alami situasi sama.
Hurm, kesian tok imam tu dah ganggu urusan harian dia.
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
