270,282 kanak-kanak lengkap dos vaksin Covid-19

15 Apr 2022 • 9:35 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Jumlah kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) meningkat kepada 270,282 individu atau 7.6 peratus setakat semalam berbanding 229,615 individu atau 6.5 peratus pada Rabu.

Berdasarkan laman web CovidNow, setakat semalam juga seramai 1,380,661 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,867,600 individu atau 92.2 peratus telah lengkap divaksin manakala 2,969,812 atau 95.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, seramai 15,959,507 individu dewasa atau 67.8 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,959,889 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,236,544 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 58,078 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,554 dos pertama, 41,430 dos kedua dan 8,094 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,431,570.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 18 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Johor, Kedah dan Perak masing-masing mencatat tiga kes diikuti Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing dua kes.

Selain itu, satu kes kematian turut direkodkan di Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Putrajaya.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved