Lebih Suku Juta Kanak-Kanak Lengkap Dos Vaksin COVID-19

Health & Fitness
15 Apr 2022 • 12:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Lebih suku juta atau 270,282 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.

Mereka menerima suntikan itu di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) yang secara keseluruhan menyaksikan seramai 7.6 peratus golongan terbabit melengkapkan dos vaksin berkenaan.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,380,661 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.9 peratus populasi itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, setakat semalam.

Pemberian vaksinasi COVID-19 dalam kalangan remaja berumur 12 hingga 17 tahun, menunjukkan seramai 2,867,600 orang atau 92.2 peratus lengkap divaksin, manakala 2,969,812 atau 95.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos imunisasi.

Bagi dewasa, seramai 15,959,507 orang atau 67.8 peratus menerima dos penggalak, 22,959,889 (97.6 peratus) melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,236,544 (98.8 peratus) disuntik sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa sama, sebanyak 58,078 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, membabitkan 8,554 dos pertama, 41,430 (dos kedua) dan 8,094 (dos penggalak).

Angka itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 69,431,570. - Getaran, 15 April 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved