Reaksi Spontan Lee Zii Jia Bila ‘Fist Bump’ Kena Reject, Netizen Puji Peminat Jaga Batas

11 Apr 2022 • 12:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa tidak kenal dengan jaguh badminton negara Lee Zii Jia kan? Zii Jia cukup terkenal dalam kalangan peminat badminton negara sehingga mempunyai kelompok pengikutnya yang tersendiri.

Dilantik sebagai duta dan Chief Motivation Officer bagi Oppo, peminat berpeluang untuk bertemu empat mata dengannya menerusi sesi meet and greet.

image is not available

Menerusi sesi itu, tular video memaparkan seorang peminat wanita yang berada di pentas menolak tawaran ‘fist bump’ daripada pemain ini.

Secara spontan, Zii Jia tersandar, tunduk dan menyentuh bahagian dadanya seolah-olah cintanya ditolak. Para peminat yang berada di situ ketawa terhibur melihat reaksi itu.

@sfhlzj Cute side of zii jia image is not availableimage is not available i took this vid suprised when he came suddenly to us image is not available#leeziijia #oppo #greetandmeetleeziijia #ziijia ♬ Putri Iklan – ST12

Di ruangan komen, netizen memuji tindakan wanita itu yang menolak untuk bersentuhan dengan lelaki bukan mahram. Dalam keterujaan bertemu dengan idola, dia sempat lagi berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Dengar cerita ini kali pertama Zii Jia kena reject betul ke? Apa-apa pun semoga apa yang ditunjukkan adik ini menjadi ikutan semua gadis-gadis di luar sana.

Kredit: TikTok @sfhlzj

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.