[VIDEO] Wanita Ini ‘Share’ Fungsi Tab Tarik Dalam Botol Minyak Yang Ramai Selalu Buang

Entertainment
20 Apr 2022 • 2:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak kebelakangan ni bila buka TikTok mesti ada je ‘lifehack’ atau tips-tips berguna yang dikongsi oleh TikTokers untuk memudahkan urusan kita. Ada yang ‘share’ tentang manfaat kulit bawang, cara pisah kuning telur guna botol, cara buang biji avokado dengan mudah dan macam-macam lagilah.

Kebiasaannya kalau korang beli minyak masak, mesti korang akan buka penutup, tanggalkan tab minyak dan terus buang dalam tong sampah. Tapi malangnya, kalau waktu nak masak dan minyak dari botol tak dituang dengan baik, mesti akan terpercik atau terlajak bubuh dalam kuantiti banyak.

Sebenarnya, tab minyak ni ada fungsinya juga yang ramai tak tahu. Menerusi perkongsian TikTok oleh seorang wanita @senz.malaysia ini, dia memuatnaik satu video menunjukkan cara untuk gunakan tab tarik dengan terbalikkan tab tersebut dan sumbat balik ke dalam botol minyak.

Wanita yang turut dikenali sebagai Datin Katherine ini juga menunjukkan yang apabila tab tersebut disumbatkan dalam botol minyak, aliran minyak keluar ke kuali akan lebih lancar serta kita akan dapat kawal banyak mana minyak yang perlu dituang. Berguna juga ya ‘hack’ ni!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen rupanya baru tahu tentang fungsi tab tarik ini. Ada juga netizen yang berterima kasih kerana sebab tips ini, dorang boleh jimatkan lagi penggunaan minyak.

“30tahun baru tahuimage is not available” – Komen netizen

“Sy baru tahu image is not available terima kasih ya kongsi ilmuimage is not available” – Komen netizen

image is not available

Korang pernah try hack ni tak? Menjadi ke atau tab minyak tu akan terjatuh dalam kuali?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.