Wanita Terhibur Lihat Anak Tidur Meniarap Persis Bos Besar Sambil Diurut Kucing Hitam

Entertainment
2 Apr 2022 • 5:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang pernah atau sedang membela kucing, pasti anda tahu yang kucing sebenarnya suka mengurut! Mengurut atau ‘kneading’ yang dilakukan oleh kucing sebenarnya membawa maksud tertentu tau!

Untuk pengetahuan anda, urutan yang dilakukan oleh kucing bermaksud mereka berasa selesa dengan anda. Dalam bahasa yang lebih mudah, kucing itu sayang tuannya!

Kucing urut anak

Bercerita tentang urutan kucing, seorang wanita ada berkongsikan momen lucu di mana dia ternampak kucingnya sedang mengurut anaknya seolah-olah anaknya ialah seorang bos besar.

Menerusi perkongsian oleh Daily Mail di TikTok, terlihat anaknya sedang baring meniarap di atas katil sambil mendepakan tangan. Dalam pada masa yang sama, terlihat seekor kucing hitam sedang mengurut di belakang kanak-kanak itu dengan penuh fokus sekali.

image is not available

Muka macam kena paksa

Melihatkan situasi lucu tersebut, wanita itu mengetuk pintu untuk memberitahu akan kehadirannya. Lucunya, kedua-dua anak dan kucingnya memandang seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Turut kelihatan wajah kucing hitam itu yang seolah-olah dipaksa untuk mengurut kanak-kanak itu. Comel betul!

Ramai nak tempah slot urut

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan video ini. Malah, ada yang memesan kepada wanita tersebut agar tidak mengganggu momen mereka berdua.

“Saya rasa kucing tu seorang chiropractor…”

image is not available

“Jangan kacau mereka…”

image is not available

“Nampak macam best”

image is not available

Siapa yang ada kucing perangai macam ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.