Ini Rupa Watak Filem Harry Potter Kalau Ikut ‘Description’ Dalam Novel, No. 7 Tu Agak Menakutkan

Entertainment
24 Apr 2022 • 1:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rasanya ramai yang tahu francais filem Harry Potter ni sebenarnya diadaptasi dari novel dengan tajuk sama hasil nukilan J.K Rowling. Buat sesiapa yang dah khatam novel ni, mesti korang perasan ada beberapa aspek dalam novel ini yang berlainan dengan apa yang ditayangkan di layar perak, contohnya seperti rupa paras watak-watak.

Jadi, hari ini, Lobak Merah akan kongsikan beberapa gambar watak-watak Harry Potter jika benar-benar mengikut description yang ditulis dalam novel.

Kalau korang nak tahu, kesemua gambar ini dihasilkan sendiri oleh MsBananaAnna, 28, yang merupakan seorang artis kelahiran Vietnam yang kini tinggal di Melbourne, Australia. Difahamkan, kesemua gambar watak ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi artificial intelligence (AI) dan bayangan artis itu sendiri.

Jom kita tengok satu-satu watak Harry Potter kalau rupa mereka sebijik dengan apa yang ditulis dalam novel.

1. Ronald Weasley

image is not available

  • Description dari buku: Hidung panjang, berambut biru, berwajah pucat dan dipenuhi freckles, berambut merah terang dan kurus.

2. Sirius Black

image is not available

  • Description dari buku: Berusia lingkungan 30an, berambut panjang berwarna hitam, mempunyai mata kelabu dan beraut wajah kacak serta mempunyai kulit cerah (sebelum dipenjarakan di Azkaban)

image is not available

  • Description dari buku: Sirius Black selepas dipenjarakan di Azkaban

3. Professor Severus Snape

image is not available

  • Description dari buku: Berusia lewat 30an, mempunyai gigi kekuningan yang tak sekata, mempunyai hidung besar, berambut panjang paras bahu yang nampak berminyak dan bermata gelap

4. Neville Longbottom

image is not available

  • Description dari buku: Dua gigi hadapan besar, berwajah bulat, sedikit gempal dan berambut blonde

5. Professor Minerva McGonagall

image is not available

  • Description dari buku: Wajah beraut tegas, bermata hijau, memakai cermin mata berbingkai segi empat sama dan rambut berwarna gelap yang selalunya diikat kemas

6. Luna Lovegood

image is not available

  • Description dari buku: Mempunyai rambut blonde tak teratur, bermata kelabu besar, muka beraut seperti sentiasa terkejut dan mempunyai bulu kening yang hampir tak kelihatan

7. Dolores Umbridge

image is not available

  • Description dari buku: Berambut coklat, mempunyai mata besar yang sedikit tertonjol, mempunyai mulut yang lebar dan kelihatan seperti katak pucat

8. Draco Malfoy

image is not available

  • Description dari buku: Muka tajam dan sangat pucat, bermata kelabu dengan rambut blonde hampir berwarna putih (tak pernah dikatakan kacak atau sebaliknya)

9. Bellatrix Lestrange

image is not available

  • Description dari buku: Berusia lingkungan 40an, berambut panjang berwarna hitam, berwajah cantik, kurus disebabkan lama dipenjara dan mempunyai mata berwarna gelap.

10. James & Lily Potter

image is not available

  • Description dari buku: Mempunyai mata berwarna hijau terang, cantik dan mempunyai rambut berwarna merah yang lebat. Rambut mencecah paras bahu.

image is not available

  • Description dari buku: Kurus dan tinggi, mempunyai rambut hitam yang kelihatan tak kemas dan memakai cermin mata

Korang boleh tengok lagi gambar-gambar watak lain kat SINI.

Sumber: Imgur

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.