“Takdelah huru-hara lepas ni” – [VIDEO] Lelaki Ini Kongsikan Tips Bawa Kucing Balik Kampung

Entertainment
26 Apr 2022 • 11:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah dua tahun kita tidak dapat beraya di kampung halaman, akhirnya tahun ini kita dapat bersua dan beraya semula dengan keluarga tercinta.

Bagi pencinta kucing, haiwan peliharaan itu juga merupakan ahli keluarga dan mereka akan seboleh-bolehnya ingin membawa kucing untuk pulang beraya bersama, tetapi ramai yang mempunyai masalah untuk memastikan perjalanan itu tenang dan tidak bermasalah.

Kebanyakan kucing akan ‘meragam’ sejurus menaiki kereta kerana mereka tidak biasa dengan persekitaran tersebut, kalau kampung jauh lagi lah susah kan?

Bagaimanapun, seorang lelaki yang difahamkan bekerja di sebuah kedai barangan keperluan kucing berkongsi tips untuk memudahkan perjalanan Si Comel untuk balik kampung.

@cats_hometown

Siapa nak bawak kucing balik beraya?? Haaa dah tau belum apa nak kena buat untuk control kucing time travel nanti tu.. share video ni kalau korang rasa ia bermanfaat #catsoftiktok #pawparent #kucingtiktok #fypシ #kucingraya #catshometown #infokucing #catsvideo

♬ Acoustic guitar live performance Gentle and nimble in nature(1007339) – Melonest

Lelaki itu menyarankan untuk puasakan kucing anda selama 12 jam dan sebagai langkah berjaga-jaga, sediakan ‘potty pad’ sebagai back up. Dia juga berkongsi, tuan kucing boleh sediakan treats atau snek untuk si manja jika mereka kelihatan moody dan tidak tenang.

Selain itu, owner kucing juga boleh menyediakan catnip atau calming spray. Fungsi catnip adalah untuk melegakan kekejangan otot dan kucing akan lebih tenang setelah menghidu tumbuhan tersebut.

Dah ada tips ni, korang jangan tinggalkan meow meow dekat rumah pula ye. Sian dorang sunyi nanti!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.