(VIDEO) “Raya Punya Pasal..”- Suami Isteri Sanggup Pecah Tabung Duit Syiling Untuk ‘Shopping’ Raya

Entertainment
20 Apr 2022 • 9:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menjelang Syawal yang bakal tiba, ramai yang telah membuat persiapan untuk menyambut hari raya seperti menghias rumah masing-masing dan melakukan perkara yang paling common iaitu membeli baju raya.

Bagi sesetengah orang, membeli baju raya bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilakukan kerana mungkin orang tersebut mempunyai wang yang banyak, dan ada juga orang yang kurang bernasib baik dan hanya membeli baju baru pada hari-hari istimewa seperti hari raya.

Demikianlah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Chientamulaein apabila videonya menunjukkan seorang lelaki memecahkan tabung untuk membeli baju raya.

Menerusi video itu, lelaki yang juga merupakan suami kepada pemilik video ini dikatakan telah mula menabung sejak hujung tahun lalu dengan duit RM5 dan RM20.

Beralih ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen, ada yang menyokong tindakan pemilik video itu kerana mendorong orang lain untuk menabung dan ada juga yang menceritakan pahit getir untuk mengumpul wang simpanan.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Jadi, kita sebagai manusia haruslah beringat dan bersyukur dengan apa yang kita ada kerana ada sesetengah orang yang sentiasa kurang bernasib baik diluar sana…

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) "Macam 'Trip Company'.." - Lelaki bawa 4 Isteri Dan 13 Anak 'Shopping' Baju Raya Bikin Netizen Terhibur