“Menggeletisnya belakang tu!” – [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Lagu Raya, Netizen ‘Rimas’ Tengok Penari Latar

Entertainment
14 Apr 2022 • 4:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma, sudah pastinya banyak lagu-lagu raya yang sudah dimainkan di corong radio malah di tempat-tempat membeli belah.

Kemeriahan hari raya tahun ini mungkin lebih dari biasa kerana tahun ini kita akhirnya dapat pulang ke kampung halaman selepas beberapa tahun terpaksa akur dengan larangan merentas negeri, bagi membendung wabak Covid-19.

Ramai artis dan penggiat seni sudah mula mempromosikan lagu raya mereka dan seperti tahun-tahun lepas, Dato Aliff Syukri juga tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan lagu raya.

Tahun ini, difahamkan lagu yang bakal dikeluarkan oleh usahawan kosmetik itu berjudul Kelepuk Raya dan muzik videonya bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Kemain lentik penari”

Semalam, Dato Aliff Syukri memuat naik video pendek menunjukkan behind the scene, muzik video (MV) lagunya itu. Walaupun lagu tersebut kedengaran agak catchy, tetapi yang menarik perhatian netizen ialah kelincahan penari-penari iringan untuk MV tersebut.

Netizen berasa kurang selesa dengan penari tersebut kerana dia tampak lebih ‘lembut’ berbanding ‘segak’, malah, ramai juga beranggapan pemakaian Baju Melayu tidak sesuai dipadankan dengan lelaki yang wajahnya penuh make up.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mulai pelik dan tertanya-tanya mengapa penari Aliff Syukri itu perlu menari ‘ligat’ seperti yang dikongsikan serta berdandan seperti perempuan.

image is not available

Mungkin terlalu ‘in character’ kot, lagunya pun boleh tahan!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.