“Dah checked 3-4 kali” – Gara-gara Pegawai Salah Eja Nama, Tak Pasal-pasal Anak Lelaki Ada ‘Binti’

Entertainment
13 Apr 2022 • 9:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap ibu bapa pasti akan teruja bila memikirkan nama-nama yang indah untuk anak mereka kerana ia akan menjadi identiti kekal. Malah, keputusan untuk memilih juga mengambil masa yang lama demi memastikan ianya sesuai untuk digunakan.

Namun baru-baru ini, seorang wanita di Twitter mendedahkan bahawa ada berlaku kesilapan dalam nama anak saudara lelakinya yang mana sepatutnya di-binkan tetapi lain pula yang tertulis dalam sijil kelahiran.

Ini kerana namanya di-bintikan walaupun jelas tertulis ‘Danial’ dan bayi lelaki ini baru dilahirkan pada 2 April lalu. Menurut wanita ini, ibu bapanya telah menerima sijil kelahiran itu awal minggu ini.

“Lepas final print tetiba ‘Binti’ ke?”

Difahamkan kesilapan itu berlaku disebabkan kesalahan pegawai yang mengambil dan mengisi nama bayi lelaki semasa proses pendaftaran dilakukan.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari pengguna Twitter yang lain kerana ramai yang mempertikaikan bagaimana kesilapan itu boleh terjadi kerana proses pendaftaran nama anak melibatkan dua pihak.

“Xcheck before submit, diorng akan mintak confirmation dari wakil keluarga tuk double, triple check. So xleh lah nk salahkan satu side je.” – Komen netizen

Pun begitu, wanita ini tak cepat melatah malah sempat berikan jawapan kepada replies tersebut…

image is not available

Difahamkan, ibu bapa bayi lelaki itu telah pergi semula ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyelesaikan masalah tersebut dan memperbetulkan semula nama walaupun banyak prosedur yang perlu dibuat.

Mungkin pegawai tu tersalah pandang kot… Takpe, yang penting family dia dah cuba untuk selesaikan masalah tu. Semoga dimudahkan segalanya ya!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.