[VIDEO] Guru Mengajar Walaupun Pakai Alat Bantuan Oksigen Undang Sebak

Entertainment
15 Apr 2022 • 4:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tugas menjadi seorang pendidik ini sangat mulia, itu sebablah jasa dan pengorbanan guru ini perlu dikenang sebab ianya sangat bernilai.

Sebak rasanya bila tengok tahap komited seorang guru ini yang sanggup pergi mengajar biarpun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

 

Mengajar walaupun tengah sakit

Satu video di media sosial kita sedang viral apabila ia memperlihatkan seorang guru wanita sedang mengajar sambil memakai alat bantuan oksigen kerana tidak cukup pernafasan.

Netizen yang melihat video tersebut tak dapat menahan sebak dan ramai yang mendoakan kesejahteraan guru ini dan berharap agar dia terus kuat.

Malah ada juga netizen yang mendoakan agar cikgu ini berjaya di dunia dan di akhirat, lapor Kosmo!

Bukan semua guru teruk sepertimana yang kita lihat di media sosial sekarang, masih ada yang baik dan berhati mulia macam cikgu ni.

Walaupun nama sekolah, kelas dan lokasi masih belum dikenalpasti, team LM doakan agar cikgu ini sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.