“Tegur Pastu Kena Block” – Cikgu Mengajar Secara ‘Live’, Netizen Minta PPD Ambil Tindakan Sewajarnya

13 Apr 2022 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial hari ini apabila satu rungutan daripada seorang individu mengenai sikap beberapa orang pendidik yang didakwa mengajar anak murid secara ‘siaran langsung’ atau ‘live’ di media sosial.

Kata individu itu, ada guru bertindak melakukan ‘live’ mengajar di platform seperti TikTok, Facebook Live dan ia sepatutnya tidak dibolehkan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tambah individu itu lagi, dia ada meninggalkan komen mengenai perbuatan tersebut namun dibalas:

Kenapa tak boleh mengajar ‘live’? Ramai je cikgu mengajar ‘live’.

Berikutan itu, ramai warga maya berpendapat bahawa tindakan seperti itu tidak wajar untuk dilakukan kerana guru berkemungkinan besar tidak dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap anak murid.

Saya sendiri cikgu. Perkara ini tidak boleh diterima. Live dia pernah lalu FYP. Mata tak habis-habis tengok phone semasa cikgu ni mengajar. Siap dok respon dekat chat lagi. Dia tak 100% fokus dalam kelas.

Dalam hantaran lain, jurucakap bagi Menteri Pendidikan iaitu Radzi Jidin ada mengeluarkan kenyataan di mana pegawai awam adalah dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat.

image is not available

Sumber : Twitter  

Difahamkan juga, Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan mengenai kes tersebut untuk tindakan selanjutnya.

image is not available 1 hari lalu

"Tak Check Betul-Betul.." - Bayi Lelaki Tapi Tulis 'Binti' Gara-Gara Pegawai JPN Silap Daftar Nama