“Kenapa nak kena kejar suami orang?” Puteri Sarah ‘Warning’ Ira Kazar Agar Berhenti Ganggu Syamsul Yusof

Entertainment
17 Apr 2022 • 11:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, kisah rumah tanga pasangan selebriti iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian selepas ada gosip yang mengatakan mereka tidak tinggal sebumbung kerana dilanda masalah.

Selepas 4 tahun menahan sabar, Puteri Sarah akhirnya memberi amaran terbuka di Instagram Story kepada individu yang mengganggu rumah tangganya.

image is not available

Jelas Puteri Sarah, individu tersebut merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar, yang lebih dikenali sebagai Ira Kazar. Sambungnya lagi, Ira Kazar telah mengganggu hubungan mereka suami isteri sejak tahun 2019 lagi.

image is not available

“U kacau mental i dari 2019 lagi. Sampai kiteorang dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kiteorang berbaik, u ugut suami i pulak”, tulis Puteri Sarah.

Dalam hantaran yang sama, Puteri Sarah memberi amaran kepada Ira Kazar agar berhenti mengganggu hidup mereka sekeluarga lagi.

image is not available

Sebenarnya dah ada boyfriend?

Dalam satu hantaran yang lain, Puteri Sarah mempersoalkan tindakan Ira Kazar yang masih mengganggu Syamsul Yusof meskipun dia sudah mempunyai teman lelaki.

“Tak silap i, u dah ada boyfriend kan Ira Kaza? Semuanya tak kekal. Also baru2 ni pun u ada bf kan? Mana pergi semua bf2 u?”

“Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang takde maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia?”, tulis Puteri Sarah.

image is not available

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan telah dikurniakan dua cahaya mata.

image is not available

Sumber: Kosmo Sumber: irakaza

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.