Duit raya untuk pelajar Tahfiz Masjid Istana Diraja

19 Apr 2022 • 9:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada pelajar Pengajian Tahfiz Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, pelajar itu ditempatkan di Kuaters kakitangan Pejabat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dihantar bersekolah di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), Alam Impian, Shah Alam.

Jelas kenyataan itu, sesi pengambilan lima tahun sekali kumpulan pelajar tahfiz itu membabitkan 10 pelajar anak jati kelahiran negeri Selangor yang memiliki latar belakang cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

"Selain mengimarahkan aktiviti di Masjid Istana Diraja, pelajar tahfiz ini juga turut terlibat dalam majlis rasmi Sultan Selangor dan kerabat diraja Selangor," kata kenyataan itu melaluihantaran di Facebook pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved