Baru 2 Hari Sekolah, Anak Kena ‘Reject’ Sebab Kencing Dalam Seluar? Cikgu Ini Beri Pendapat

Family & Parenting
21 Apr 2022 • 2:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang ibu yang sedih apabila anaknya yang baru dua hari bersekolah di tadika kena ‘reject’ gara-gara terkencing dalam seluar.

Menurut si ibu, anak sebenarnya sudah pandai menguruskan diri sendiri tetapi dia mungkin gugup dan tidak berani menyuarakan keinginan untuk ke tandas.

Memberi respon kepada isu itu, seorang cikgu meluahkan pendapat peribadinya. Katanya cikgu tadika tersebut sepatutnya membuat pemerhatian dalam tempoh dua minggu pertama sebelum membuat sebarang keputusan.

Cikgu ini berpendapat, ibu bapa juga memainkan peranan utama berkaitan isu ini. Jelasnya, anak-anak yang berumur 4-6 tahun sepatutnya sudah tahu menguruskan diri sendiri.

@cikguayu_imtecer

Celoteh pagi! Nak kecam kecam lah! Reality parents sekarang! Lemah! Bukan berkaitan kes tu je…… ni kes parents yg xpandai ajar anak urus diri!

♬ original sound – Cikgu ayu

Parents korang ada anak dua tiga orang tu, tak boleh ke nak ajar diorang seawal 3 tahun lepas pampers. Tak boleh?

Tambahnya lagi, tadika (Taman Didikan Kanak-Kanak) bukanlah tempat untuk anak-anak dididik untuk ke tandas sebaliknya didikan untuk menguasai 4M.

Cikgu ini memohon ibu bapa peka dengan perkembangan anak-anak sendiri dan tidak hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Teguran ini ternyata mengundang pelbagai reaksi ibu bapa di luar sana. Ada yang bersetuju dan ada juga yang membangkang pendapat cikgu ini. Apa pendapat korang?

Kredit: TikTok @cikguayu_imtecer

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.