JKR digesa bina parit di sepanjang LR Pan Borneo

10 Apr 2022 • 4:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa supaya memastikan parit dibina di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo untuk mengelak jalan dibanjiri semasa hujan lebat.

Seorang pengguna jalan yang enggan dinamakan, memberitahu Harian Ekspres pada Jumaat bahawa jalan raya akan ditenggelami air hujan.

Katanya, ini menyukarkan pengguna jalan kerana mereka perlu lebih berhati-hati selain perlu waspada kerana permukaan jalan sering rosak dan berlubang.

“Jika lubang kecil, tak apa, tetapi semua orang tahu bahawa jalan antara Lumadan ke Sipitang mempunyai banyak lubang kerana jalan yang tidak dibaiki,” katanya.

Sebab itu, katanya, jurutera pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo wajar memastikan pembinaan parit-parit untuk mengalirkan air membanjiri jalan raya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.