Twitter Menguji Ciri “Unmention” Yang Membuang Diri Dari Bebenang Perbualan

TechnologyDigital
8 Apr 2022 • 10:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Twitter ialah platform media sosial yang interaksinya terbuka dan boleh dilihat sesiapan sahaja sekiranya akaun tidak dikunci. Ini menyebabkan kadang kala anda sedang berbual dengan insan A tetapi kemudian insan C menyelit tanpa dijemput. Berlaku juga akaun akan di-tag oleh pengguna lain tetapi anda langsung tidak mahu berinteraksi kerana menyemakkan susur masa.

Twitter telah memulakan ujian ciri “unmention” yang membenarkan pengguna web meninggalkan sebarang bebebang perbualan yang mengandungi @ akaun mereka. Ini dilakukan dengan menekan menu tiga titik pada ciapan yang mengandungi @ akaun. Pilihan untuk “leave this conversation” boleh dipilih sebarang notifikasi tidak lagi akan diberikan.

image is not available

Pada waktu ini ujian boleh diakses sebilangan kecil pengguna sahaja dan hanya di Twitter versi web. Dengan ciri ini menggunakan Twitter akan menjadi semakin mudah tanpa perlu peduli tentang apa yang dibualkan oleh orang lain mengenai anda anda anda insan menyelit tanpa menerima jemputan.