Warga UTM sediakan 1,000 pek dodol

29 Apr 2022 • 4:29 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

JOHOR BAHRU — Seramai 150 peserta terdiri daripada pelajar dan staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta komuniti telah menyediakan 1,000 pek dodol untuk diagihkan kepada warga universiti melalui program Jom Kacau Dodol Perdana 2022, yang diadakan di Dataran U4 Kolej Perdana, UTM, baru-baru ini.

Pengetua Kolej Perdana, Dr Syamsul Hendra Mahmud berkata, sebanyak kira-kira 160 kilogram (kg) bahan-bahan telah disediakan dan dodol tersebut dihasilkan menggunakan 10 kawah melambangkan 10 wakil pusat tanggungjawab (PTJ).

“Program tersebut diadakan bagi memupuk semangat gotong-royong sekali gus menambahkan kemeriahan dan keceriaan bulan Syawal kepada komuniti yang tinggal di UTM.

image is not available
Shamsul (depan, tengah) bergambar bersama peserta Majlis Jom Kacau Dodol Perdana anjuran UTM.
 — foto BERNAMA.

“Ia juga diadakan bertujuan untuk memelihara tradisi turun-temurun di samping memperkenalkannya kepada pelajar antarabangsa di UTM,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Bermula seawal pukul 10 malam, peserta yang mewakili 10 PTJ di UTM termasuk komuniti dari KRT Taman Desa Idaman Senai telah bertungkus-lumus menyediakan dodol sehingga selesai kira-kira pukul 2 pagi.

Program tersebut merupakan sinergi antara kolej kediaman dan PTJ yang telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar), Profesor Dr Shamsul Sahibuddin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved