(VIDEO) “Saya Bawa Teman Wanita..” – Wanita Luah Rasa Geram Parkir ‘Ladies – Only’ Sering Diambil Pemandu Lelaki

27 Apr 2022 • 2:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika anda berkunjung ke pusat membeli belah terkemuka, pasti ada ruangan parkir yang dikhaskan untuk pemandu wanita.

Kedudukannya yang lebih dekat dengan pintu utama pusat membeli belah pastinya membuatkan keselamatan para wanita lebih terjamin memandangkan kawasan parkir terdedah dengan ancaman bahaya selain sedikit gelap dan sunyi.

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Angel Xiomara meluahkan rasa kesalnya di aplikasi TikTok berhubung sikap sesetengah pemandu lelaki yang sesuka hati mengambil parkir khas untuk kaum wanita ini.

Menurut Angel yang merupakan pengunjung tetap KLCC Mall, dia sering bertembung dengan pemandu lelaki yang menggunakan parking ‘ladies only’ ini.

Katanya, alasan yang sering diterimanya adalah mereka (pemandu lelaki) membawa wanita tidak kiralah isteri, teman wanita atau sebagainya bersama-sama.

Anda tidak reti baca ‘signage’? Anda tidak faham penerangan ringkas ‘signage’ yang menyatakan hanya untuk pemandu wanita yang berseorangan?

Angle dalam pada itu turut menggesa agar pihak pengurusan KLCC Mall agar memastikan hak parkir untuk wanita tidak disalahgunakan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.

image is not available

Sumber : TikTok  

Terdahulu, media tempatan melaporkan terdapat beberapa insiden membabitkan gangguan seksual terhadap kaum wanita telah terjadi di kawasan parkir pusat membeli belah terkenal di Selangor.

image is not available 4 jam lalu

“Teruk Sangat Dah..” - Netizen Kecam Youtuber Terkenal Terima ‘Sponsor’ Syarikat Judi