Pecah Rekod! 6 Pelajar Malaysia Berjaya Diterima Masuk Ke Universiti Harvard

5 Apr 2022 • 3:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sungguh membanggakan apabila 6 orang pelajar Malaysia telah diterima masuk untuk melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Muda di Universiti terkenal dunia iaitu Harvard University, Amerika Syarikat bagi sesi 2026.

Ia sekaligus telah berjaya memecahkan rekod kerana ini merupakan senarai pemilihan tertinggi setakat ini bagi kemasukan ke pusat pengajian berprestij itu.

image is not available

Sumber : Twitter  

Enam pelajar Malaysia terdiri daripad Chooi Je Qin (Johor), Carisma Michaela Wong (Sabah), Lee Ee Jenn (Kuala Lumpur), Alyssa Yap (Sarawak) serta Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah yang berasal dari Pulau Pinang.

Difahamkan, mereka telah terpilih daripada 61,220 permohonan dengan kadar pengambilan pelajar bagi kelas sesi 2026 adalah yang paling rendah dalam sejarah Harvard iaitu 3.19 peratus.

Kesemua pelajar ini juga akan melanjutkan pengajian dalam bidang seperti Biokimia, Ekonomi, Politik dan Sosiologi.

Menurut kenyataan Alumni Penemuduga Kolej Harvard untuk Malaysia, kemasukan keenam-enam pelajar itu adalah luar biasa kerana sebelum ini hanya maksimum 2 pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti berkenaan.

Sekadar info, yuran pengajian di Harvard tidak membebankan buat keluarga yang mempunyai pendapatan sekitar RM316,447 dan RM632,895 setahun kerana mereka yang layak hanya perlu membayar yuran pada kadar 0 hingga 10 peratus mengikut pendapatan tahunan.

image is not available 21 jam lalu

Licik! Ini Taktik Scammer ‘Hack’ Telegram & Whatsapp Hantar Mesej Nak Pinjam Wang