Motor Tersadai Sebulan Lebih Sampai Berhabuk, Rupa-rupanya Rider Hilang Sebab…

Entertainment
26 Apr 2022 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak negara kita dah mula banyak menggunakan servis penghantaran makanan terus ke rumah, boleh dikatakan memang senang nampak rider kat mana-mana.

Sebab tu juga tak hairanlah kalau kat kawasan perumahan pun ada motosikal rider tambah pula dah jadi demand yang agak tinggi sekarang. Namun baru-baru ini tular di media sosial tentang rider yang dikatakan hilang.

Perkongsian gambar yang dimuat naik di Twitter merupakan sebuah motosikal dipercayai tersadai lebih dari sebulan sehingga berhabuk di sekitar Lalaport.

Dari screenshot posting di Facebook itu, pemilik akaun mendakwa bahawa rider itu ‘ghaib’ semasa sedang bekerja malah meminta untuk orang ramai mencari kenalan supaya dapat menuntut semula motosikal tersebut.

“Tempat dah lah seram woi”

Di bahagian replies tweet tersebut, tak dinafikan memang ramai menimbulkan spekulasi dengan mengatakan bahawa rider itu hilang kerana berada di kawasan Lalaport yang dikatakan ‘keras’.

image is not available

“Iyer i kerja situ kadang2 rasa jugk something tu” – Komen netizen

“Dia bukan ‘ghaib’, tapi…”

Akhirnya teka-teki tentang status rider itu terjawab selepas tak lama kemudian ramai yang mengesahkan bahawa dirinya bukanlah ghaib tapi sebenarnya telah ditahan oleh polis.

Rider itu ditangkap kerana kesalahan di bahawa pengaruh dadah jenis syabu dan juga telah menimbulkan kekecohan di sekitar Lalaport selain termasuk dalam senarai sebagai salah seorang yang dikehendaki pihak polis.

Dalam perkongsian dari Facebook itu, pemilik akaun tersebut meminta agar orang ramai berhenti membuat sebarang andaian sendiri dan elakkan daripada kaitkan dengan perkara-perkara mistik.

Haa, dengar tu korang? Pastikan sahih baru kongsi okay?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.