EXCO: Seramai 200 bekas atlet negeri terima bantuan Aidilfitri

27 Apr 2022 • 2:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 27 APRIL: Seramai 200 bekas atlet yang pernah mencipta nama dalam sukan serta menyumbang kejayaan kepada Selangor menerima bantuan wang tunai RM200 sempena Aidilfitri.

EXCO Generasi Muda dan Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata insiatif tersebut antara pendekatan untuk menghargai jasa atlet yang banyak membantu ke arah kemajuan sukan negeri serta negara.

“Kita peruntuk RM250,000 untuk tahun ini iaitu RM50,000 bantuan raya manakala RM200,000 pula dalam bentuk program Atlet Ceria seperti membaiki rumah dan kemudahan elektrik.

“Ini tahun ketiga kita adakan program sumbangan dan inisiatif Kerajaan Negeri dalam membantu mengurangkan beban mereka agar turut bersama-sama merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Hargai Jasa Atlet di Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb)di Bukit Kiara di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Pengarah Eksekutifnya Majlis Sukan Negeri Selangor Mohamad Nizam Marjugi dan Pengerusi Yakeb Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved